2 Cara Gugurkan Kandungan Yang Selamat Dilakukan

cara-gugurkan-kandungan

Pernahkah anda terfikir untuk mencari solusi atau cara gugurkan kandungan? Bagi setiap pasangan yang bernikah, kehadiran zuriat merupakan perkara yang paling di nanti-nantikan sebagai pengikat kasih antara suami isteri. Namun, dalam kes-kes tertentu, terutamanya kes kesihatan, dalam keadaan terpaksa harus juga menggugurkan janin atau kandungan untuk keselamatan si ibu.

2 Kaedah Gugurkan Kandungan Melalui Prosedur Perubatan

1. Cara Gugurkan Kandungan Melalui Pengambilan Ubat

Pengambilan ubat bagi gugurkan kandungan merupakan pilihan utama sekiranya usia kandungan masih berada pada peringkat awal trimester pertama, iaitu kira-kira dalam tempoh 12 minggu pertama usia kehamilan.

Pengambilan ubat untuk gugurkan kandungan perlulah diambil mengikut nasihat dan dos yang diarahkan oleh doktor atau pakar perubatan. Melalui pengambilan ubat ini, dianggarkan ianya berkesan sehingga 97% dan selamat untuk gugurkan kandungan. Namun, harus diingatkan lagi sekali untuk mengambil ubat ini mengikut nasihat doktor dan tidak sesekali mengikuti pengalaman orang lain yang tidak arif kerana setiap orang mempunyai kadar toleransi yang berbeza dengan bahan yang terkandung dalam ubat gugurkan kandungan.

Terdapat dua jenis ubat yang sering dinasihatkan atau dipreskrpsikan oleh pakar perubatan atau doktor bagi membantu proses gugurkan kandungan dengan selamat, iaitu:

  1. Korlym (Mifepristone)
  2. Cytotec (Misoprostol)

Kedua-dua jenis ubat ini mempunyai peranan yang sama, iaitu untuk menghentikan tindakan hormon progesteron. Hormon ini mempunyai peranan bagi membantu proses tumbesaran embrio dan perkembangan janin.

Selain itu, pengambilan ubat ini akan menghasilkan kontraksi dalam rahim dan akan menolak tisu embrio keluar dari rahim.

Pengambilan kedua-dua ubat Korlym dan Cytotec boleh diambil melalui dua acara yang berbeza, sama ada diambil secara oral atapun dimasukkan ke dalam vagina.

Setelah mengambil ubat ini, sama ada secara oral atau memasukkan ke dalam vagina, kesannya akan dapat dilihat dalam tempoh beberapa jam, di mana anda akan mengalami pendarahan yang agak teruk dan kekejangan perut. Situasi ini akan berlanjutan dalam masa tiga ke empat hari bagi membolehkan semua tisu embrio keluar sepenuhnya dan tiada yang tertinggal dari rahim anda.

Walau bagaimanapun, sekiranya keadaan anda semakin parah, seperti pendarahan yang banyak sehingga memaksa anda untuk menukar tuala wanita lebih daripada dua kali dalam tempoh satu jam, sila berhubung dan mendapatkan nasihat daripada doktor anda dengan kadar yang segera. Di samping itu, jika anda mengalami simptom sampingan seperti demam dan selesema yang berlarutan lebih daripada tempoh satu hari, berjumpalah dengan doktor dengan segera.

Seterusnya, ubat ini ini juga tidak boleh diambil sewenang-wenangnya. Hal ini kerana, tidak semua wanita serasi dengan pengambilan ubat-ubat tertentu. Ini termasuklah kepada mereka yang:

2. Cara Gugurkan Kandungan Melalui Prosedur Pembedahan

Prosedur pembedahan bagi gugurkan kandungan boleh terbahagi kepada kaedah prosedur aspirasi vakum dan kaedah prosedur dilation dan extraction.

Kedua-dua kaedah ini dilakukan bergantung pada usia kehamilan. Jika usia kehamilan anda berada pada trimester pertama, anda akan menjalani prosedur aspirasi vakum. Jika usia kandungan anda sudah melebihi trimester pertama, iaitu usia kandungan lebih daripada 14 minggu kehamilan, anda akan menjalani prosedur dilation dan extraction. Untuk lebih lanjut, ikuti penjelasan lebih terinci di bawah:

Kaedah ini mengambil masa 10 minit, di mana doktor akan mengarahkan anda untuk berbaring di katil yang membolehkan anda mengangkat dan membengkokkan lutut anda.

Kemudian, satu alat yang di panggil speculum akan dimasukkan ke dalam faraj. Fungsi alat ini digunakan bagi membuka luas vagina agar membolehkan doktor melihat serviks. Seterusnya, ubat antiseptik akan diberikan dan disapu pada bahagian serviks dan vagina. Kemudian, doktor akan menyuntik ubat bius (anastetik) ke dalam serviks dan memasukkan tiub kecil mesin vakum ke dalam rahim. Seterusnya, kandungan rahim bersedia untuk dibersihkan (digugurkan) dengan kaedah ini.

Kaedah ini kurang menyakitkan jika dibandingkan dengan kaedah dilation dan extraction. Namun, anda akan berasa kekejangan di bahagian perut kerana rahim akan mengalami kontraksi ketika kandungan rahim dikeluarkan.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa kaedah ini tidak sesuai kepada individu atau wanita yang mempunyai masalah kesihatan seperti keadaan rahim tidak normal, gangguan pembekuan darah serta mempunyai masalah jangkitan pelvis.

Kaedah ini merupakan gabungan prosedur aspirasi vakum, curette dan forsep.

Untuk hari pertama, prosedur pembesaran serviks akan dilakukan bagi memudahkan proses mengeluarkan kandungan atau tisu kehamilan. Seterusnya, pada hari kedua prosedur pengeluaran janin dan plasenta akan dilakukan dengan menggunakan forsep. Malah, curette juga akan digunakan untuk mengikis lapisan rahim bagi membersihkan kandungan rahim.

Kaedah ini lebih menyakitkan daripada kaedah aspirasi vakum dan dalam proses ini, doktor akan memberikan ubat tahan sakit untuk mengurangkan kesakitan.

Secara umum, kaedah atau proses ini sebenarnya melibatkan proses pembedahan mengeluarkan janin. Prosedur ini hanya dilakukan jika terdapat masalah pada ibu dan kandungan telah mencecah lebih daripada 20 minggu.

Kesimpulan

Jika kita teliti proses gugurkan kandungan ini, jelas nampak perit bukan? Janganlah memilih untuk gugurkan kandungan jika anda tidak mempunyai masalah kesihtan yang memaksa anda untuk melalukan kaedah ini.

Setiap pasangan suami isteri menginginkan cahaya mata, namun berbincanglah jika ini adalah satu-satunya jalan terakhir disebabkan masalah kesihatan yang memudaratkan isteri. Berjumpa dengan yang lebih arif seperti doktor pakar sebelum membuat sebarang keputusan, serta pergilah ke klinik gugurkan kandungan yang berdaftar. Di klinik, kaedah ini dipanggil perkhidmatan cuci rahim dan kos gugurkan kandungan di klinik swasta boleh mencecah RM3,000, bergantung pada usia kandungan.

Exit mobile version