5 Cara Meningkatkan Kesuburan Rahim Wanita

cara-meningkatkan-kesuburan-rahim-wanita

Perlukah kita ambil tahu cara meningkatkan kesuburan rahim wanita? Ya! Terdapat ramai wanita yang tidak mengambil berat tentang kesihatan rahim masing-masing kecuali ketika hamil atau datang haid. Atas sebab ini, ramai orang mengalami masalah kesihatan, tetapi penyakit itu hanya dapat dikesan apabila sudah merebak dan terlambat untuk dirawat.

Mempunyai zuriat adalah impian setiap pasangan suami isteri. Namun, tidak ramai yang dapat merealisasikan impian tersebut atas pelbagai faktor termasuk masalah kemandulan. Dan selalunya bila rujuk klinik pakar, doktor akan bagi suntikan dan ubat untuk meningkatkan kesuburan.

Terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan rahim tidak berfungsi dengan baik. Antaranya ialah:

Wanita mempunyai risiko paling tinggi mendapat fibroid rahim apabila mereka mencapai umur 50 tahun. Malah, lebih daripada puluhan ribu wanita pada setiap tahun didiagnosis dengan kanser rahim.

Pada masa yang sama, perkara seperti ini sering dijadikan alasan bagi suami untuk berkahwin lain kerana menginginkan zuriat. Tidak wajar bukan, sedangkan masih terdapat iktihar atau cara meningkatkan kesuburan rahim wanita?

Jangan berputus asa dulu! Berita baiknya masih terdapat banyak usaha yang boleh dilakukan untuk memastikan rahim anda kekal kuat dan sihat. Malahan, usaha ini juga boleh dijadikan cara meningkatkan kesuburan rahim wanita!

5 Kaedah Untuk Meningkatkan Kesuburan Rahim Wanita

1. Cara Meningkatkan Kesuburan Rahim Wanita Dengan Mengambil Suplemen.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH), pengambilan suplemen vitamin D boleh mengecutkan fibroid rahim. Malah, mereka yang mempunyai tahap vitamin D yang baik mempunyai 32% risiko yang lebih rendah untuk mengalami masalah fibroid berbanding wanita yang kekurangan vitamin D. Wanita dewasa berumur 14 hingga 70 tahun digalakkan mengambil suplemen vitamin D sebanyak 600 IU sehari. Manakala wanita yang berumur 71 tahun ke atas juga perlu mengambil 800 IU vitamin D sehari.

Selain itu, pengambilan asid folik juga boleh meningkatkan kesuburan wanita. Supplement yang biasa diambil oleh ibu mengandung sebenarnya sesuai untuk semua wanita.

2. Cara Meningkatkan Kesuburan Rahim Wanita Dengan Mengamalkan Makanan Yang Bernutrisi.

Memakan sayuran boleh mengurangkan risiko masalah rahim sebanyak 50%, terutamanya sayuran seperti brokoli, kubis, kembang kol dan pucuk Brussels. Oleh itu, cuba tambahkan sayur-sayuran dalam diet anda. Pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya 2 setengah cawan sayur setiap hari.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Obstetrics and Gynecology, memakan daging merah boleh meningkatkan risiko fibroid rahim sebanyak 2 kali ganda.

Begitu juga dengan penyakit kanser rahim, di mana wanita yang mengambil 3 auns daging merah sehari mempunyai 51% peningkatan risiko kanser.

3. Cara Meningkatkan Kesuburan Rahim Wanita Dengan Mengurangkan Minuman Yang Berkafien.

Adakah anda penggemaran air kopi? Sudah tiba masanya untuk mengawal tahap pengambilan kopi kerana kafein merupakan salah satu faktor penyumbang kepada fibroid rahim. Terlalu banyak kafein boleh meningkatkan pengeluaran estrogen yang akan memburukkan kesihatan rahim wanita.

Malah, wanita yang mengambil 500 miligram kafein sehari, bersama-sama dengan 4 hingga 5 cawan kopi, menghasilkan 70% lebih estrogen daripada wanita biasa!

Dah terbiasa minum kopi untuk kekal fokus semasa bekerja? Cuba perlahan-lahan beralih kepada alternatif yang lebih sihat seperti teh hijau.

4. Cara Meningkatkan Kesuburan Rahim Wanita Dengan Menggiatkan Aktiviti Bersenam.

Jika anda ingin meningkatkan kesuburan secara semulajadi, tiada cara yang lebih baik daripada bersenam. Walau bagaimanapun, kini terlalu ramai yang terikat dengan kerja sedentari. Kebanyakan kita duduk banyak dan jarang berdiri apabila bekerja. Ia mungkin tidak kelihatan serius, tetapi dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Cuba berdiri atau berjalan sebentar untuk menggerakkan badan anda. Jika boleh, lakukan aktiviti yang boleh menenangkan fikiran seperti yoga atau senaman pernafasan.

Berdasarkan informasi dari Healthline Parenthood, senaman yang kerap dan konsisten setiap minggu boleh dikaitkan secara langsung dengan pengurangan risiko ketidaksuburan pada wanita sebanyak 5 peratus. Jadi, jangan ragu untuk melakukan senaman setiap hari. Tetapi ingat, jangan bersenam secara berlebihan kerana ia juga boleh memberi kesan negatif kepada kesuburan.

5. Cara Meningkatkan Kesuburan Rahim Wanita Dengan Mengamalkan Gaya Hidup Sihat.

Gaya hidup sihat termasuklah mengawal stress atau tekanan emosi dengan baik. Gangguan kecemasan, kebimbangan, tekanan, dan kemurungan boleh mengurangkan kesuburan pada wanita.

Menurut perunding Pakar Sakit Puan Michael Dooley, “Tekanan boleh memberi impak besar kepada kesuburan wanita. Ia juga boleh melambatkan pengeluaran sperma lelaki dan menurunkan libido.”

Oleh itu, tidak salah jika kita meluangkan masa untuk berehat atau bercuti singkat agar dapat menguruskan tekanan sekaligus dapat meningkatkan kesuburan rahim.

Seterusnya, kajian mendapati pengambilan alkohol juga boleh mengganggu kesuburan rahim wanita. Jadi, bagi anda yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat, anda harus berhenti mengambil alcohol.

Wanita yang minum tujuh atau lebih minuman seminggu, atau lebih daripada tiga minuman pada satu masa, lebih berisiko untuk mengalami gangguan haid dan masalah kesuburan.

Selain itu, kajian telah menunjukkan bahawa gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok juga boleh menyebabkan kemandulan. Malah, wanita yang merokok juga mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk hamil. Malahan, rahim juga akan mengalami penuaan lebih cepat jika anda merokok.

Walau bagaimanapun, berhenti merokok adalah perkara yang sukar. Bercakaplah dengan pakar untuk mendapatkan cara terbaik berhenti merokok.

Kesimpulan

Jika anda ingin meningkatkan kesuburan dan berasa risau dengan kesihatan rahim,  berjumpa lah dengan doktor pakar untuk pemeriksaan lanjut. Sudah pasti pakar boleh mengenal pasti cara meningkatkan kesuburan rahim wanita dan meningkatkan peratusan anda untuk hamil!

Exit mobile version