• Home
  • Kesihatan
  • Mahir Seks
  • Fesyen
  • Rohani
Intimasi Wanita Moden
  • Home
  • Kesihatan
  • Mahir Seks
  • Fesyen
  • Rohani
No Result
View All Result
  • Home
  • Kesihatan
  • Mahir Seks
  • Fesyen
  • Rohani
No Result
View All Result
Intimasi Wanita Moden
No Result
View All Result

Baju Tidur Seksi Untuk Suami – Cara Memikat Hati Suami

Vieza by Vieza
in Fesyen
0
Baju-Tidur-Seksi-Untuk-Suami
0
SHARES
54
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

20 tahun selepas berkahwin perlukah lagi seorang isteri memakai baju tidur seksi untuk suami? YA! Setiap wanita yang bergelar isteri perlu ada baju tidur seksi untuk menarik perhatian suami sebelum tidur tak kisahlah dah berapa tahun umur perkahwinan tersebut. Tapi ramai isteri berasa segan untuk membeli atau memakai baju tidur seksi untuk suami. Alasannya segan nak beli kat kedai, segan dengan anak-anak kat rumah. Rumah tangga bahagia bukan hanya terletak pada perasaan yang saling menyayangi tapi perlu kita ketahui bahawa seorang lelaki atau suami mempunyai keperluan seksual yang tinggi. Golongan lelaki ini, walaupun dah tua tiada gigi sekalipun, keperluan seksual mereka tetap tinggi. Jika tidak, mengapa ada kes ayah merogol anak? Pasti jauh beza bukan umur anak dan seorang bapa. Sebagai seorang isteri, perlu kita jaga keperluan batin suami agar dapat memelihara dan mengekalkan kebahagian rumah tangga.

Memakai baju tidur seksi merupakan salah satu rahsia rumah tangga untuk menggoda atau memikat suami, terutamanya di ranjang sebelum tidur. Sebagai seorang isteri, kalau tak nak suami pergi tengok wanita lain perlu ada usaha untuk mencantikkan diri rumah. Beli baju seksi dan pakai bila nak tidur bersama suami. Mudah bukan? Sangat mudah dan sangat memberi impak yang besar kepada suami dan rumah tangga.

3 Tip Memilih Baju Tidur Seksi Untuk Suami – Pasti Suami Tidak Mampu Untuk MENOLAK Godaan Anda!

Untuk pengetahuan para isteri, memilih baju tidur seksi atau lingerie kurang lebih sama seperti kita ingin membeli kasut. Kalau kaki kita kecil takkan kita nak beli saiz yang besar kan? Macam tu juga dengan pemilihan baju tidur seksi ini perlu padan dengan saiz tubuh diri kita.

Sebelum membeli baju tidur seksi, perlu kita ketahui apakah fungsinya. Adakah sebagai pakaian untuk tidur sahaja? Ya sudah tentu untuk membangkitkan seksual atau nafsu berahi suami bukan? Untuk mencapai objektif ini, seorang isteri perlu tahu sama ada baju tidur seksi itu sepadan atau tidak. Sebaliknya, suami akan kecewa melihat anda kerana tidak sama seperti yang dibayangkan. Lelaki mempunyai imaginasi yang tinggi bukan? Ayuh realisasikan imaginasinya itu menjadi kenyataan dengan mengikuti tip-tip memilih baju tidur seksi atau lingerie untuk suami yang tersayang.

1. Pilih Baju Tidur Seksi Untuk Suami Yang Sesuai Dengan Saiz Dan Bentuk Tubuh Badan Anda.

Dari segi pemilihan saiz, carilah saiz baju seki yang tepat dengan tubuh anda. Sekiranya anda bersaiz S jangan pula memilih saiz M! Saiz yang besar pasti kelihatan longgar di badan anda. Ini sekali gus akan menyebabkan payudara atau buah dada anda kelihatan kecil atau ‘ganyut’.

Jika memilih yang terlalu kecil pula, berkemungkinan anda kelihatan seksi di mata suami namun perlu anda utamakan juga keselesaan anda. Adakah anda selesa berasmara dengan suami dengan pakaian yang sendat di tubuh badan? Perlu win-win situation barulah dapat mencapai kepuasan bersama!

Dari segi pemilihan lingerie mengikut bentuk tubuh badan pula, pastikan lingerie tersebut sesuai mengikut tubuh badan terutamanya pada buah dada dan bahagian pinggang. Bahagian inilah yang kelihatan menarik pada pandangan seorang lelaki.

Pastikan saiz cup pada lingerie sepadan dengan saiz cup payudara anda!

Jika anda memiliki bentuk badan ‘pear shape’ atau buah pir, dicadangkan untuk memilih seluar dalam atau panties yang mempunyaiukuran pendek, supaya kelihatan menarik kerana dapat menyokong pinggul dan paha anda.

Seterusnya, jika anda mempunyai bentuk tubuh badan seperti ‘glass hour shape’ atau jam pasir, dicadangkan untuk memilih panties yang mempunyai ukuran tinggi, agar anda kelihatan lebih seksi dan selesa, serta menawan pada pandangan suami anda.

Untuk pilihan yang lebih baik, anda boleh dapatkan nasihat daripada perunding imej di kawasan anda membeli baju tidur seksi tersebut. Sudah pasti pilihan tersebut membuatkan anda berasa lebih yakin dan berjaya memikat encik suami!

Baju Dalam Wanita Seksi

2. Pilih Baju Tidur Seksi Perempuan Yang Diperbuat Daripada Bahan Kapas.

Banyak baju tidur seksi atau lingerie yang dijual di pasaran yang diperbuat daripada bahan sutera atau bahan sintetik. Kelihatan amat menarik, tambah lagi dengan pelbagai gaya fesyen seksi dan warna yang mengiurkan. Namun, bahan ini kurang disarankan untuk dipakai pada payudara dan faraj kerana bahan tersebut tidak dapat menyerap peluh secara efisien berbanding lingerie yang diperbuat daripada bahan kapas.

Jenis Baju Tidur Wanita

3. Pilih Baju Tidur Atau Baju Dalam Seksi Yang Sama Set.

Umumnya, banyak sahaja set baju tidur atau baju dalam perempuan yang seksi yang dijual dalam satu set yang sama. Contohnya, bra dan panties yang mempunyai corak yang sama dan warna yang sama.

Elakkan membeli pakaian dalam ini secara berasingan! Ingin tampil seksi? Bukan begini caranya, ya ada sahaja ‘mix and match’ yang sesuai tapi set yang sama dijual lebih minimalis dan indah dipandang suami. Set sama baju dalam seksi ini cukup memberi imej yang simple dan kemas dari segi corak, warna, jenis fesyen dan motifnya. Buat apa nak susah-susah kan? Yang dah tersediakan pun dah banyak yang menarik dan cantik. Contoh pada gambar dibawah boleh dijadikan rujukan jika anda buntu untuk mencari baju dalam wanita seksi.

Baju Seksi Perempuan

Semoga sedikit sebanyak perkongsian dan tip ini dapat memberi gambaran untuk menambat semula hubungan anda bersama suami! Anda buat, anda dapat! Ikuti tip-tip dan dapatkan semula suami dipelukan anda!

Related posts:

  1. Lingerie Malam Pertama – 3 Cara Memilih Lingerie Yang Tepat!
  2. 3 Etika Pemilihan Pakaian Malam Pertama Menurut Islam
  3. 5 Jenis Bra Untuk Payudara Besar! Panduan Lengkap Memilih Bra Yang Tepat!
  4. Panduan Lengkap: 5 Tips Dandanan yang Menggoda Suami
Previous Post

Payudara Wanita – Cara Mengencangkan Payudara ?

Next Post

Cara Membesarkan Payudara Wanita – 7 jenis Olahraga Atau Senaman Berkesan Untuk Meningkatkan Saiz Buah Dada Anda Secara Semulajadi!

Next Post
cara-membesarkan-payudara

Cara Membesarkan Payudara Wanita – 7 jenis Olahraga Atau Senaman Berkesan Untuk Meningkatkan Saiz Buah Dada Anda Secara Semulajadi!

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Produk Watsons Pencerah Celah Paha

Senarai Hot Items dari Vaseline, Nivea & Watson Yang Terbukti Berkesan Untuk Dicuba!  

Lebih Menarik di Tiktok Kami

  • TikTok
  • Trending
  • Comments
  • Latest
manfaat menghisap payudara

Suami Suka Menghisap Payudara? 8 Manfaat Menghisap Payudara Wanita

banyak air ketika bersama suami

Banyak Air Ketika Bersama Suami? 6 Tips Untuk Meningkatkan Cairan Ini!

Cara Buat Suami Tergila Gilakan Isteri

10 Cara Buat Suami Tergila Gilakan Isteri

pil-perancang-terbaik

Pil Perancang Yasmin – Pil Perancang Terbaik?

Cara-Mengencangkan-Payudara

Payudara Wanita – Cara Mengencangkan Payudara ?

0
Baju-Tidur-Seksi-Untuk-Suami

Baju Tidur Seksi Untuk Suami – Cara Memikat Hati Suami

0
cara-membesarkan-payudara

Cara Membesarkan Payudara Wanita – 7 jenis Olahraga Atau Senaman Berkesan Untuk Meningkatkan Saiz Buah Dada Anda Secara Semulajadi!

0
Lingerie-Malam-Pertama

Lingerie Malam Pertama – 3 Cara Memilih Lingerie Yang Tepat!

0
tanda tanda orang jatuh cinta kepada kita

Tanda Tanda Orang Jatuh Cinta Kepada Kita: 15 Petunjuk Tanda Lelaki Inginkan Anda!

bila lelaki cakap nak peluk

Bila Lelaki Cakap Nak Peluk, Ini Rahsia Lelaki Yang Anda Perlu Tahu!

Tanda Lelaki Pergunakan Kita

10 Tanda Lelaki Pergunakan Kita: Kenali Petanda Hubungan Tidak Sihat

cara buat suami rindu

Cara Buat Suami Rindu: Rahsia Menjaga Keintiman Hubungan di 2024

  • About Us
  • Cart
  • Checkout
  • Hubungi Kami
  • My account
  • Privacy Policy
  • Shop
  • Wanita Moden

@2024 Wanita Moden | Anatics Creatives 202403005371

Inginkan Tips Terkini Dari Wanita Moden?

Dekat sini, anda boleh dapat macam-macam tips, panduan, dan produk yang saya pilih sendiri untuk memudahkan hidup kita sebagai wanita!

No Result
View All Result
  • Home
  • Kesihatan
  • Mahir Seks
  • Fesyen
  • Rohani

@2024 Wanita Moden | Anatics Creatives 202403005371

Go to mobile version

Terms and Conditions