Adakah anda tertanya-tanya cara mengetahui Miss V longgar? Adakah anda risau Miss V longgar penyebab utama kepada aksi seksual dengan pasangan menjadi hambar? Jangan panik dulu ladies! Ayuh ikuti artikel ini dengan teliti.
Ramai yang bertanggapan bahawa Miss V atau faraj yang longgar disebabkan oleh wanita yang sering berhubungan seksual dengan ramai jantan. Betulkah? Tidak, tanggapan ini hanya mitos sahaja!
Ini kerana, faraj merupakan bahagian organ pembiakan yang elastik. Dimana, otot faraj boleh meregang apabila ada sesuatu yang masuk atau keluar, seperti zakar, atau alat mainan seks. Ia tidak mengambil masa yang lama untuk faraj kembali ke bentuk asal.
Walau bagiamanapun, faktor seperti pertambahan usia dan melahirkan anak boleh menjadi punca otot-otot pada bahagian Miss V menjadi kurang kuat dan elastik. Perkara demikian yang sebenarnya menjadikan faraj berasa lebih longgar, namun keanjalannya tidak hilang secara kekal.
Cara Mengetahui Miss V Longgar
Terdapat beberapa pendapat menyatakan bahawa cara mengetahui Miss V longgar boleh perhatikan melalui tanda-tanda berikut:
- Cara mengetahui Miss V longgar dengan tidak dapat menahan air kencing, terutamanya apabila batuk, ketawa atau bersin.
- Cara mengetahui Miss V longgar dengan kesukaran mencapai tahap orgasme seperti sebelumnya.
- Cara mengetahui Miss V longgar dengan Peningkatan angina tau udara yang memasuki organ wanita semasa bersetubuh (fanny fart).
- Cara mengetahui Miss V longgar dengan kesukaran untuk memuaskan pasangan atau pasangan sukar untuk mencapai tahap orgasme /klimaks.
- Cara mengetahui Miss V longgar dengan melakukan pemeriksaan dan konsultasi dengan doktor ob-gyn untuk mendapatkan cara mengetahui miss v longgar sebenar sama ada memang miss V anda longgar atau disebabkan oleh faktor kesihatan lain.
2 Faktor Yang Merubah Keanjalan Miss V
Seperti yang dinyatakan tadi, pertambahan usia dan melahirkan anak merupakan dua faktor yang mempengaruhi keanjalan fajar. Seiring waktu, kombinasi pertambahan usia dan melahirkan anak semakin menjadikan Miss V mulai lebih longgar. Untuk info lebih lanjut, ikuti penjelasan di bawah:
1. Cara Mengetahui Miss V Longgar Kerana Pertambahan Usia Wanita
Semakin meningkat usia, banyak bahagian badan mengalami perubahan. Secara beransur-ansur, kulit dan otot akan menjadi lemah, menjadikan otot pada bahagian faraj juga berasa lebih longgar. Anda mungkin mula melihat perubahan pada keanjalan faraj ini pada usia 40-an.
Di samping itu, semasa menopaus, tahap hormon estrogen menjadi berkurangan. Ini menyebabkan lapisan faraj menjadi lebih nipis, kering dan kurang elastik, yang boleh menyebabkan ketidakselesaan semasa hubungan seks kerana kekurangan pelincir semula jadi.
2. Cara Mengetahui Miss V Longgar Kerana Melahirkan Bayi
Perkara ini adalah normal bagi faraj untuk mengalami perubahan selepas melahirkan atau bersalin secara normal. Semasa bersalin normal, otot faraj meregang untuk membolehkan bayi melalui saluran kelahiran dan keluar. Sesetengah wanita juga melaporkan dan bersetuju bahawa terjadi perubahan dalam bentuk atau keanjalan faraj selepas bersalin.
Kerosakan pada kulit, tisu, atau otot semasa bersalin juga boleh menyebabkan perubahan pada vulva dan faraj. Keadaan inilah yang membuatkan faraj menjadi lebih longgar. Namun, beberapa hari selepas bersalin, faraj akan mula pulih semula walaupun mungkin tidak sepenuhnya seperti bentuk asalnya.
Perubahan ini biasanya lebih ketara pada wanita yang hamil dan bersalin normal selepas umur 30an tahun. Sementara itu, wanita yang berusia muda merasakan bahawa badan mereka boleh kembali ke keadaan pra-kehamilan mereka, dengan lebih cepat.
4 Cara Mengatasi Miss V Longgar Agar Miss V Cantik Semula
1. Cara Merawat Miss V Longgar Dengan Senaman Kegel
Senaman kegel telah diketahui berkesan dalam menangani faraj yang longgar. Setelah memahami cara mengetahui miss V hilang, adalah wajar untuk melakukan senaman ini. Latihan ini berfungsi untuk melatih otot lantai pelvis. Jika otot pelvis menegang, bahagian miss V juga akan mengikut menegang.
Sebelum memulakan senaman, terlebih dahulu anda mesti tahu di mana lokasi otot lantai pelvis. Cara mengetahuinya adalah dengan memberi jeda atau berhenti di tengah-tengah semasa membuang air kecil. Lokasi otot yang menahan air kencing itulah adalah otot lantai pelvis.
Jika anda sudah mengetahui lokasinya otot lantai pelvis ini, kemudian lakukan langkah berikut:
- Pilih posisi yang paling selesa untuk bersenam. Biasanya dilakukan secara berbaring sambil membengkokkan kedua-dua lutut.
- Kencangkan otot lantai pelvis anda selama kira-kira 5 saat.
- Rehatkan semula otot lantai pelvis anda selama 5 saat.
- Ulangi langkah di atas sekurang-kurangnya 5 kali berturut-turut.
Bagi membina kekuatan otot faraj agar lebih berkesan, anda boleh menambah masa kepada 10 saat. Lakukan tiga set senaman Kegel setiap hari untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
2. Cara Merawat Miss V Longgar Dengan Memakai Vaginal Cone.
Anda juga boleh memilih untuk memakai vaginal cone untuk menguatkan otot lantai pelvis. Vaginal cone atau kon faraj adalah satu alat yang seakan seperti tampon dan mempunyai berat yang berbeza-beza.
Cara penggunakan kon faraj ini adalah dengan memasukkannya ke dalam faraj dan kemudian mengemut atau menekankannya menggunakan otot faraj. Tahan selama 15 minitdan disarankan untuk mengulang kaedah ini sebanyak dua kali sehari.
3. Cara Merawat Miss V Longgar Dengan Menjalankan Pembedahan Laser.
Faraj yang longgar boleh dipulihkan dengan menjalani prosedur peremajaan melalui pembedahan laser. Laser berfungsi untuk merangsang perkembangan kolagen di dinding faraj, supaya setelah itu, faraj boleh kembali ketat.
4. Cara Merawat Miss V Longgar Dengan Mengamalkan Yoga dan Pilates.
Setelah mengamati dan memahami cara mengetahui miss V longgar, perkara seterusnya yang boleh anda lakukan adalah dengan mengamalkan latihan yoga dan pilates. Latihan ini boleh membantu meregangkan badan anda untuk menjadikannya lebih fleksibel. Posisi yoga yang sering dilakukan adalah pose bridege, posestanding forward, dan pose mountain.