Bolehkah Bersetubuh Ketika Hamil? – 4 Posisi Seks Semasa Hamil

posisi-seks semasa-hamil

Pernah terfikir tentang posisi seks semasa hamil? Suami isteri pasti mempunyai nasfu semasa hamil, bukan? Jadi bagaimana untuk merancang kehidupan seks anda dengan suami ketika hamil nanti?

Menurut Aleece Fosnight, kaunselor seks dari Amerika, seks semasa mengandung sebenarnya baik dan selamat untuk wanita! Hal ini kerana orgasme yang dicapai oleh wanita akan menyebabkan tubuh badan merembeskan hormon dan meningkatkan aliran darah ke sistem kardiovaskular mereka. Ini bukan hanya memberi manfaat kepada diri sendiri, tetapi juga kepada bayi di dalam kandungan.

Umumnya, tiada apa yang menghalang anda dan suami untuk bersetubuh ketika hamil. Menurut ramai pakar, hubungan seks semasa mengandung adalah dibenarkan malah digalakkan. Kerana, ini merupakan salah satu penyumbang kepada wanita untuk lebih banyak melakukan pergerakan bagi memudahkan proses kelahiran nanti!

4 Posisi Seks Semasa Hamil Yang Selamat Untuk Kandungan Bayi

Nah! Anda sudah yakin dan bersedia untuk mengetahui seks selamat ketika mengandung? Ikuti panduan berikut untuk mengetahui posisi seks semasa hamil!

1. Posisi Seks Semasa Hamil – Missionary

Ini adalah posisi seks yang paling popular dilakukan oleh setiap pasangan suami isteri sama ada ketika hamil ataupun tidak.

Isteri tidak menggunakan pergerakan yang banyak dalam posisi ini, hanya perlu berbaring menelentang. Manakala suami akan berada di atas seakan menindih dan melakukan pergerakan untuk memasukkan zakar ke dalam faraj bagi proses penetrasi. Untuk keselesaan isteri, letakkan bantal dibelakang isteri untuk memberi lebih sokongan pada proses penetrasi.

Suami perlu diingat agar berhati-hati ketika melakukan pergerakan supaya tidak terlalu agresif dan melanggar perut isteri. Malahan, banyak bertanggapan bahawa seks posisi ini hanya sesuai semasa trimester pertama dan tidak digalakan pada trimester kedua dan ketiga. Hal ini kerana rahim yang semakin membesar akan menekan salur darah utama aorta yang menghalang saluran darah ke plasenta, di mana ini akan menyebabkan sekatan aliran darah kepada bayi.

2. Posisi Seks Semasa Hamil – Doggy Style

Posisi seks ini juga sebenarnya sangat selamat untuk dilakukan walaupun perut isteri sudah membesar.

Cara melakukan hubungan seks dengan posisi ini, wanita perlu menonggeng. Manakala suami akan melakukan penetrasi dari belakang. Kedudukan ini bukan sahaja selamat, malah boleh menyebabkan suami memasukkan zakar lebih dalam ke dalam faraj.

Untuk keselesaan isteri, gunakan bantal dan letakkan di bawah perut agar lebih nyaman ketika berhubungan intim pada kededukan ini.

3. Posisi Seks Semasa Hamil – Woman On Top

Posisi seks ini merupakan posisi yang tidak akan memberi tekanan kepada wanita, di mana isteri akan berada di atas suami. Suami hanya perlu baring dan biarkan isteri melakukan aktiviti penetrasi. Posisi seks ini membolehkan wanita dengan perut yang memboyot untuk mengawal rentak jolokan mereka sendiri. Posisi seks ini pastinya lebih romantik kepada pasangan kerana dapat melihat mata dan wajah masing-masing.

Untuk para ibu mengandung, jika posisi seks ini menyebabkan lutut terasa sakit, anda boleh gunakan bantai dan meletakkannya sebagai alas di bawah lutut. Selain di ranjang, posisi ini juga boleh dilakukan di atas sofa.

4. Posisi Seks Semasa Hamil – Sponning

Posisi seks ini merupakan posisi seks yang paling sesuai untuk ibu mengandung kerana langsung tidak memberikan tekanan pada perut atau kandungan. Dalam posisi ini, isteri hanya perlu berbaring mengiring, manakala suami akan berbaring di belakangnya sambal melakukan pergerakan penetrasi.

Posisi ini juga menyeronokkan kerana suami dapat menerokai tubuh badan isteri menggunakan tangannya.

Situasi Yang Perlu Dielakkan Daripada Melakukan Posisi Seks Semasa Hamil

Seks ketika hamil adalah selamat dan boleh dilakukan sama ada anda bersama ketika awal kehamilan, bersetubuh ketika hamil 4 minggu, ataupun bersetubuh apabila kandungan sudah pun memboyot. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa situasi yang perlu dielakkan oleh suami isteri daripada melakukan hubungan asmara, di mana situasi ini akan menyebabkan bahaya kepada ibu mengandung serta anak dalam kandungan. Antara situasi tersebut ialah:

Beberapa Posisi Seks Semasa Hamil Boleh Mengganggu Kandungan dan Menyebabkan Keguguran?

Walau bagaimanapun, anda juga perlu mendapatkan nasihat daripada doktor atau bidan untuk melakukan seks semasa hamil, terutama apabila anda mempunyai alahan atau masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan ketika mengandung. Malah, anda juga harus berbincang dengan suami sebelum mengadakan hubungan asmara sekiranya anda juga mempunyai sejarah keguguran.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Canadian Medical Association Journal (CMAJ), hubungan seks semasa mengandung tidak akan menyebabkan keguguran. Jadi jangan risau, okay? Anda dan pasangan masih boleh bercinta apabila isteri hamil tanpa risau akan risiko keguguran.

Namun masih ramai yang risau untuk bersetubuh ketika hamil, kerana risau akan mengganggu kesihatan dan keselamatan kandungan. Untuk pengetahuan anda, anda tidak perlu risau dengan kandungan jika anda mengetahui dan mengamalkan posisi seks yang ‘selamat’ Ketika berhubungan kelamin. Bahkan, terdapat banyak manfaat melakukan seks ketika mengandung. Antaranya, dapat melegakan dan mengurangkan ketidakselesaan tubuh badan wanita, sebagai senaman yang ringan untuk ibu mengandung, dapat mengembalikan mood manja dan ceria sang isteri, serta membantu mempercepatkan proses kelahiran bayi.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, bersetubuh ketika hamil adalah selamat dan menyeronokkan buat pasangan suami isteri jika dilaksanakan dalam posisi seks yang betul.  Jika isteri mempunyai masalah kesihatan, sejarah keguguran atau kelahiran pramatang, sebaiknya dapatkan nasihat pakar iaitu daripada doktor atau bidan. Dan yang paling penting, suami isteri perlu berbincang antara satu sama lain mengenai masalah dan keinginan nafsu semasa hamil, agar kebahagian hubungan dalam rumah tangga sentiasa terpelihara.

Exit mobile version