Lingerie Malam Pertama – 3 Cara Memilih Lingerie Yang Tepat!

Lingerie-Malam-Pertama

Lingerie malam pertama? Malam pertama merupakan malam yang mendebarkan bagi pasangan yang baru sahaja menikah atau berkahwin. Antara golongan lelaki dan perempuan, sudah tentu perempuan lagi berasa gemuruh apabila tibanya detik malam pertama tersebut. Mana tidaknya, malam yang dinanti-nantikan oleh pengantin lelaki untuk menerokai pasangannya. Seram? Jangan seram ladies! Inilah masa untuk kita tunjukkan kecantikan alami kita kepada suami!

Setiap pengantin perempuan pastinya mempunyai perasaan yang berbeza memikirkan hal yang akan terjadi pada malam pentama. Ada yang berasa seksi dan yakin pada malam perkahwinan mereka, namun ada juga yang bimbang tentang bagaimana malam pertama akan berlangsung. Jika anda masih malu atau tidak terlalu yakin untuk tampil terbuka di hadapan suami pada malam pertama, anda boleh membuatkan si dia tidak tentu arah dengan mengenakan lingerie yang seksi dan menawan.

Sama seperti memilih gaun pengantin, membeli lingerie atau bra malam pertama juga mesti mewakili personaliti wanita. Anda mungkin memerlukan masa dan perancangan yang betul untuk membuat pilihan yang ideal.

Petua malam pertama untuk wanita, anda sekurangnya mula mencari pakaian malam perkahwinan seminggu atau dua sebelum hari perkahwinan anda. Ini supaya anda bersedia dan tampil lebih seksi pada malam istimewa itu. Berikut merupakan tip memilih baju tidur pengantin yang boleh anda pertimbangkan.

3 Cara Memilih Lingerie Atau Baju Dalam Seksi Pengantin Untuk Malam Pertama

Anda perlu menyediakan pakaian seksi untuk malam pertama kerana ia merupakan malam yang sangat istimewa buat pasangan pengantin. Anda boleh memakai pakaian dalam iaitu baju tidur dengan reka bentuk seksi untuk mencipta malam pertama yang romantis dan bermakana. Inilah kepentingan memakai baju dalam seksi pada malam pertama!

Selepas sehari suntuk sibuk dengan majlis perkahwinan, pasti anda dan suami rasa berasa amat Lelah serta menyebabkan mood suami isteri pada malam itu menjadi turun. Untuk mengubah mood dan suasana ini, anda boleh memberi kejutan kepada suami dengan mengenakan baju dalam seksi pada malam tersebut. Dijamin suami anda akan terpesona dan gembira melihatnya, malah dapat mewujudkan suasana menjadi lebih romantik.

1. Memilih Dan Menyediakan Sekurangnya Dua Jenis Lingerie Malam Pertama Yang Berbeza.

Sekiranya anda buntu untuk menyediakan banyak lingerie sebelum tiba hari perkahwinan, pertimbangkan untuk membeli sekurangnya dua pilihan baju dalam seksi yang berbeza.

Pakaian dalam pertama dipakai sebagai pakaian dalam apabila anda memakai gaun pengantin. Manakala, pakaian dalam kedua dipakai setelah selesai majlis perkahwinan, iaitu ketika malam pertama.

Bayangkan, jika encik suami mahu segera memulakan permainan sejurus anda menanggalkan gaun pengantin, pasti si dia kagum dengan persediaan pakaian dalam anda, bukan? Dijamin malam pertama seterusnya akan lebih menyeronokan!

2. Memilih Warna Lingerie Malam Pertama Yang Sesuai.

Secara umum, pakaian dalam malam pertama berwarna putih, krim atau gading. Walau bagaimanapun, untuk pakaian dalam yang digunakan semasa majlis perkahwinan, anda harus memakai pakaian dalam berwarna putih atau nude.

Apabila memulakan malam pertama, pakaian dalam seksi berwarna pastel akan menjadi fesyen sempurna yang menjadikan pengantin perempuan lebih indah, manis dan natural.

Walau bagaimanapun, jangan teragak-agak juga untuk memilih warna merah, hitam, biru laut atau warna garang yang lain agar dapat mewujudkan malam pertama yang lebih berahi dan menggoda.

3. Memilih Gaya Dan Butiran Lingerie Malam Pertama Yang Tepat.

Bagi bakal pengantin, membeli pakaian dalam pada malam pertama kadangkala agak mengelirukan. Rasa malu, bimbang, tidak selamat semuanya bercampur baur menjadi satu.

Oleh itu, anda harus mengajak saudara atau teman rapat untuk menemani anda ketika membeli-belah lingerie yang sesuai dengan bentuk tubuh anda dan mendapatkan nasihat yang tepat.

Berikut merupakan panduan ringkas untuk mencari gaya dan perincian pakaian dalam yang sempurna untuk malam perkahwinan anda.

Pelbagai variasi bra yang dijual di pasaran. Ada yang diperbuat dengan sulaman chiffon, reben, renda atau cup yang menakjubkan. Pilih saiz yang sesuai dengan tubuh badan anda, pasti membuatkan anda berasa yakin.

Untuk cari set bra dan panties yang menarik seperti gambar di bawah. Boleh lihat bra panties di kedai shopee ini. Selesa dan warnya juga cantik. Harga juga mampu milik! Amat sesuai digunakan untuk malam pertama bersama suami.

Lingerie jenis Teddy mampu menyokong payudara anda dengan cup yang lebih besar daripada bra, teddy mempunyai reka berbentuk yang dapat menyerlahkan lekuk badan anda dengan sempurna.

Potongan lingerie Teddy ni macam jumpsuit berenang. Cuma ini dalam bentuk seksi dan lebih menggoda. Kadang susah nak cari lingerie Teddy kat kedai atas talian, kan? Nak tengok lingerie Teddy yang ada kat shoppee, boleh klik sini. Cantik dan Seksi!

Pakaian dalam jenis Babydoll biasanya diperbuat daripada fabrik satin, sutera, renda atau lutsinar. Model itu kelihatan manis dan innocent sehingga sangat sesuai diragakan untuk wanita yang berasa malu pada pasangan di malam pertama.

Ya, Babydoll lingerie ini comel jer untuk wanita yang pakai! Confirm suami geram tengok. Nak tau jenis Babydoll lingerie yang ada di shopee? Boleh tengok di sini. Harga pun murah!

Korset atau lacy bustier mempunyai fungsi untuk menampakkan pinggang wanita yang lebih ramping.

Pada zaman Victoria, korset ini akan mencipta lengkungan yang seksi dari pinggang hingga ke dada. Seperti namanya, bustier juga berfungsi untuk menaikkan lekuk badan pengantin perempuan dan menolak payudara ke atas supaya kelihatan lebih besar dan montok.

Ini antara bustier lingerie yang ada di pasaran shopee. Nampak lebih mengancam dengan kain jenis leather ini. Sesuai jika pasangan anda inginkan penampilan anda dalam bentuk ganas tapi seksi!

Terdapat pelbagai model stoking dari stoking nipis, vintaj, renda, atau jala. Stoking biasanya mempunyai jalur elastik di sekeliling paha, sementara yang lain memerlukan tali pinggang garter.

Nak cari stoking bervariasi dan murah? Jemput tengok shopee ini.

Jika anda masih ragu-ragu, pilih sahaja pakaian dalam yang paling sesuai dengan gaya dan bentuk badan anda. Jika anda mempunyai personaliti yang berani dan berkeyakinan, pilih broked, lacy atau bustier berwarna-warni.

Manakala bagi bakal pengantin yang masih pemalu, pilihan warna pakaian dalam yang lembut seperti pastel atau putih yang dapat membuatkan anda tampil yakin dan cantik.

Exit mobile version