Ciri-ciri Wanita – 8 Ciri ciri Perempuan Idaman Lelaki

ciri-ciri-perempuan

Ciri ciri perempuan yang disukai lelaki? Tentu sahaja setiap lelaki mempunyai citarasa yang berbeza, tak kiralah dari segi fizikal atau kecantikan dalaman wanita itu. Tidak dinafikan ramai wanita yang bertanggapan bahawa lelaki lebih menyukai perempuan yang cantik dan seksi, namun itu bukanlah satu-satunya ciri yang menjadi tumpuan utama lelaki terutama dalam mencari pasangan hidup.

Tentunya lebih banyak lagi ciri-ciri wanita idaman lelaki yang mungkin mempunyai persamaan dengan ciri anda ya, ladies! Jadi jangan insecure dengan kekurangan yang kita anda. Anda mungkin mempunyai ciri-ciri perempuan seperti di bawah ini yang sudah pastinya menjadi idaman lelaki diluar sana.

8 Ciri ciri Perempuan Idaman Lelaki Untuk Dijadikan Pasangan

1. Paras Rupa Sebagai Ciri ciri Perempuan Idaman Lelaki

Tidak dinafikan bahawa dari paras rupa wanita lah yang menarik perhatian lelaki. Paras rupa yang cantik menawan merupakan satu bonus kepada wanita untuk menjadi dambaan lelaki. Namun, lelaki juga mempunyai definisi cantik yang berbeza pada pandangan mereka. Ada juga wanita yang berjerawat tetapi tetap cantik di mata lelaki. Kecantikan semata-mata bukanlah perkara utama yang difikirkan lelaki untuk dijadikan pasangan. Sebagai seorang wanita, jagalah paras rupa dengan solekan yang nipis dan kemas agar tidak kelihatan selekeh. Malah lebih ramai lelaki yang lebih tertarik dengan wanita yang bersolek nipis ala-ala natural kerana lebih tampil ayu dan simple!

2. Memahami Perasaan Sebagai Ciri ciri Perempuan Idaman Lelaki

Untuk mengekalkan hubungan dalam jangka masa yang lama, bukan perempuan sahaja yang ingin difahami. Lelaki juga inginkan perhatian dan difahami. Lelaki lebih tertarik dengan wanita yang lebih memahami kesibukan mereka, keinginan mereka atau kelemahan mereka. Apa-apa pun, dalam perhubungan, perlu ada perbincangan antara satu sama lain agar kedua dua pihak dapat meningkatkan kualiti perhubungan. Sebagai contoh, wanita perlu memahami naluri lelaki atau suami yang ingin Bersama melakukan hubungan kelamin. Namun, lelaki juga perlu memahami kepenatan isteri bekerja dan mengurus rumah tangga. Oleh itu, perbincangan merupakan jalan yang terbaik untuk mendapatkan dan memperbaikan persefahaman antara suami isteri.

3. Bersifat Manja Sebagai Ciri ciri Perempuan Idaman Lelaki

Lelaki tertarik dengan wanita yang manja kerana ciri ini amat mencairkan naluri kelelakian mereka. Pada masa yang sama, dengan ciri ini lelaki berupaya memainkan perananan mereka sebagai pelindung kepada anda!

Walau bagaimanapun, sifat manja atau keanak-anakan yang melampau juga kurang sesuai kerana lelaki akan lebih cenderung berasa menyampah. Malah, lebih menampakkan wanita itu seperti kurang matang. Makanya, jika anda ingin bermanja dengan lelaki, pastikan pada situasi dan masa yang sesuai dan tidak berlebih-lebihan!

4. Pendengar Yang Baik Dan Supportive Sebagai Ciri ciri Perempuan Idaman Lelaki

Lelaki sukar meluahkan apa yang terpendam di lubuk hati mereka, kecuali dengan orang mereka selesa dan saying. Jika anda boleh menjadi pendengar yang baik, sedikit sebanyak ia memberi kelegaan kepada lelaki. Tambahan lagi jika anda memberi sokongan pada permasalahan mereka, sedikit sebanyak juga dapat membantu meningkatkan motivasi mereka. Pernah dengar bukan, disebalik kejayaan lelaki, terdapat seorang wanita dibelakangnya? Ciri ini merupakan salah satu ciri-ciri perempuan yang amat diperlukan oleh seorang lelaki.

5. Bersikap Penuh Kewanitaan Sebagai Ciri ciri Perempuan Idaman Lelaki

Kini, ramai wanita yang berpendirian tinggi setanding dengan kebolehanan lelaki, menyebabkan sikap feminn atau kewanitaan semakin terhakis dalam diri mereka.

Wanita boleh mempunyai pendirian sendiri tapi perlu mengekalkan sikap kewanitaannya. Hal ini kerana lelaki memerlukan wanita yang prihatin, lemah lembut dan prihatin. Lelaki melihat perempuan umpama tempat untuk mencurah kasih, bermanja dan dimanja, berkongsi pendapat, serta sokongan. Jika anda mempunyai ciri wanita idaman lelaki ini, nescaya anda menjadi salah satu buruan lelaki!

6. Perempuan Yang Bijak Sebagai Ciri ciri Perempuan Idaman Lelaki

Bagi seorang lelaki, perempuan yang mempunyai IQ yang tinggi itu menarik dan dianggap seksi. Ini kerana ia merupakan kelebihan wanita sebagai isteri dan ibu untuk membentuk generasi baru, iaitu anak-anak untuk bergiat aktif untuk mempelajari sesuatu baru!

Ada juga golongan lelaki yang kurang berminat dengan wanita yang bijak kerana berasa seperti tersaing dengan kelebihan sang wanita, malah ada juga lelaki yang berasa ‘tidak guna’ sebagai suami kerana isteri lebih berdikari dan dominan untuk membuat semua keputusan. Namun dalam perhubungan ego kedua-dua pihak perlulah dikawal agar sama-sama dapat dapat mengekalkan keharmonian rumah tangga. Wanita perlu menghormati suami dan menggunakan kebijaksaan yang ada dalam menjaga dan mendidik keluarga.

7. Pandai Memasak Sebagai Ciri ciri Perempuan Idaman Lelaki

Memang kalau nak cepat boleh saja beli atau order kat luar. Tapi kebanyakan lelaki lebih suka air tangan isteri. Air tangan isteri ini juga melembutkan hati suami dan anak-anak.

Zaman moden ini, lebih banyak wanita yang berkerjaya dan sering menepikan kemahiran memasak di dapur. Tak pandai masak tak apa, asal ada usaha untuk belajar memasak untuk keluarga. Bolej sahaja makan kat luar hari-hari, tapi bila dah ada anak takkan nak biarkan anak kecil makan makanan luar yang tak dijamin sangat kebersihannya, kan? Masakan sendiri lebih bersih dan dijamin kualitinya untuk hidangan keluarga. Malah ada saja resepi percuma daripada Facebook, Google, Youtube untuk dipelajari. Mudah bukan?

8. Menghargai dan Menerima Seadanya Sebagai Ciri ciri Perempuan Idaman Lelaki

Lelaki lebih cenderung dengan wanita yang menerima dan menghargai mereka seadanya. Setiap manusia pasti mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri, bukan? Malah sebagai lelaki atau suami, tak semua mereka boleh sediakan untuk ‘kehendak’ isteri. ‘Kehendak’ dan ‘Keperluan’ dua perkara yang berbeza, keperluan sudah pasti suami wajib dan mampu untuk menyediakan seadaanya. Tapi, kehendak seperti perhiasan emas, barang peribadi yang mahal dan berjenama tak semua suami mampu menyediakan, tambah-tambah lagi suami tidak mempunyai pendapatan yang besar untuk berbelanja mewah.

Jadi sebagai isteri, perlu menghargai penat lelah suami yang membanting tulang untuk menyediakan keperluan keluarga. Tak ada seorang lelaki atau suami yang tak nak menyediakan kehendak isteri, namun ada komitmen yang lain yang lebih penting seperti bil-bil utiliti, belanja makanan bulanan, duit simpanan, hutang kereta, dan sebagainya untuk diutamakan.

Exit mobile version